Monday, 9 April 2012

KURANG KESEDARAN



1. Kod Etika Alam Sekitar

Tahap kesedaran responden terhadap kod etika alam sekitar (minimal impact ang leave no trace technique) masih pada tahap yang rendah malah peratusan yang tidak pasti agak tinggi iaitu 39 %. Situasi ini menunjukkan bahawa usaha-usaha kempen alam sekitar yang telah dijalankan sama ada oleh pihak kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan masih kurang berkesan kerana golongan terpelajar dan berpendidikan peringkat lepasan ijazah masih tidak faham akan kod etika alam sekitar.
 

Kesedaran dan perasaan tanggungjawab belum begitu menular dan meresap dalam sanubari dan amalan kehidupan seharian masyarakat kita hari ini. Tidak hairanlah di mana-mana sahaja kita dapat melihat pencemaran alam sekitar berlaku terutamanya pencemaran sungai yang berada pada tahap yang kritikal di negara kita. Masyarakat kita hanya ingin ‘menyelesaikan’ urusan harian mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa mempedulikan atau mengembil kira tentang kod etika alam sekitar.

2. Kempen Kitar Semula
 

Keberkesanan Kempen Kitar Semula mendapat reaksi yang sangat baik daripada responden. Hal ini jelas kelihatan kerana peratusan responden yang sangat bersetuju dan bersetuju dalam hal ini sangat tinggi iaitu 96 %. Namun begitu, dalam pelaksanaan kempen ini, pengetahuan masyarakat terhadapnya agak baik tetapi dari segi praktikalnya kurang berkesan.
 
Penggunaan tong sampah kitar semula tidak begitu meluas dan hanya tertumpu di kawasan Bandar-bandar besar dan membangun sahaja seperti di Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Petaling Jaya. Boleh dikatakan hampir tidak kelihatan tong-tong sampah kitar semula di Bandar-bandar yang di negeri yang kurang maju di Negara kita seperti di Kota Bharu, Alor Setar, Pasir Mas dan Seremban. Kesedaran responden terhadap kepentingannya sangat baik namun praktikalnya masih pada tahap yang lemah.


Persoalan Kajian
1. Adakah pelajar mempunyai kesedaran mengenai kitar semula?
2. Apakah barang-barang yang sering dikitar semula oleh para pelajar?
3. Adakah para pelajar mengamalkan kitar semula sebagai suatu amalan hidup?



Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut
1. Meningkatkan kesedaran mengenai kitar semula kepada para pelajar
2. Mengenalpasti tempat yang sesuai untuk perletakkan tong kitar semula di PKB
3. Mengenalpasti barang-barang yang sering dikitar semula oleh para pelajar.



Metodologi Kajian




Definisi


Cohen dan Manion (1996) mentakrifkan metodologi sebagai pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan bagi mengumpul data. Data ini akan digunakan sebagai asas bagi membentuk inferensi dan pentafsiran tujuan menghurai dan membuat jangkaan tentang sesuatu fenomena. Jentera yang menggerakkan kajian adalah metodologinya. Metodologi merupakan suatu prosedur yang sistematik yang menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi penyelidikan dicapai dengan baik dan sempurna. Dalam penulisan penyelidikan dan kertas projek, metodologi yang digunakan mesti dihuraikan dengan terperinci. Justeru, mengenai kesedaran kitar semula ini, hasil dapatan kajian dan cadangan-cadangan yang dierikan oleh responden hendaklah disusun dan diterangkan secara deskriptif supaya ianya dapat dimanfaatkan kepada semua pihak yang terlibat.



Batasan Kajian


Kajian ini dijalankan di POLITEKNIK KOTA BHARU. Ianya dijalankan terhadap sekumpulan pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Awam sem 6(DKA 6F) yng terdiri dri 12 orang semuanya.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Terdapat individu yang menyedari mengenai kempen kitar semula namun tidak mempraktikkan amalan kitar semula. Justeru, usaha meningkatkan kesedaran untuk mempraktikkan amalan ini perlu dijalankan terutama dalam kalangan pelajar di sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Dalam kalangan pelajar IPT, mereka sedar mengenai perkara ini namun untuk mempraktikkannya sebagai sebahagian amalan hidup adalah kurang. Justeru itu, pelajar-pelajar mestilah diberi maklumat mengenai kitar semula dan seterusnya diberi galakan untuk mempraktikkannya sebagai satu amalan hidup.

KAJIAN DAN PENGENLAN KITAR SEMULA

Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan untuk melihat pemahaman pelajar mengenai konsep tong kitar semula di Politeknik Kota Bharu Kelantan. Objektifnya ialah untuk meningkatkan amalan mengitar semula di kalangan pelajar dengan mengubah kedudukan tong-tong kitar semula mengikut cadangan dan keperluan mereka. Responden kajian ialah 50 orang pelajar PKB ambilan Jun 2011-2012. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Statistik desriptif dan interpretif dengan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis data. Dapatan menunjukkan bahawa 100% responden faham tentang bahan yang boleh dibuang ke dalam tong kitar semula namun 32% gagal untuk memberikan padanan yang tepat dari segi warna dan bahan yang dimasukkan ke dalamnya. Tiga lokasi pilihan responden untuk ditempatkan tong-tong kitar semula ini ialah di asrama pelajar (87), di kafe (68) dan 30 mencadangkan agar tong kitar semula dapat diletakkan di pintu masuk utama KPI, di masjid dan pusat sumber.

                                                                     Pengenalan

Kitar semula ialah “Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah”. Kempen kitar semula giat dijalankan diseluruh negara. Namun kesedaran mengenai perkara ini dalam kalangan rakyat negara ini masih lagi berada di tahap rendah berbanding negara-negara maju lain. Kenapa kita mesti kitar semula? Tujuan kitar semula adalah pertamanya untuk memelihara ruang hidup kita yang semakin mengecil ruangnya kerana pembangunan negara. Kedua ialah untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih. Ketiga, untuk mengurangkan pencemaran kerana jika kita hidup dalam persekitaran yang dipenuhi sampah, persekitaran sudah pasti akan tercemar dan akan menjejaskan kesihatan kita. Yang keempat pula ialah kita dapat menjimatkan kos iaitu jika dibandingkan dengan kos penyelenggaraan dan pengurusan bahan-bahan terbuang. Selain pada itu, kitar semula juga dapat menjimatkan sumber yang semakin terhad seperti kayu untuk membuat kertas. Kesinambungan daripada itu, kitar semula juga penting bagi menyelamatkan hutan kita. Justeru, kitar semula ini hendaklah betul difahami oleh semua pihak dan langkah radikal perlu diambil bagi mempraktikkannya bagi menyelamatkan bumi kita ini.

Wednesday, 28 March 2012

Jadikan budak ini sebagai contoh

budak-budak yang belum akil baligh lagi tapi tau nak buang kat mana sampah itu....perhatikan betol-betol dan belajar...

Cuba semaikan pada diri tentang kebersihan alam sekitar terutamanya dikawasan politeknik anda, tempat itu sungguh murni, ia merupakan tempat untuk berlajar

salah ni....jangan ikot gambar ini
kakak-kakak...abang-abang...buanglah sampah betol-betol......guna otak anda..

Setahu saya, kerajaan sudah buat banyak kempen tentang kebersihan malah pihak politeknik juga telah menyediakan kemudahan seperti tong sampah. tetapi kenapa ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin? sampah yang terlalu banyak seolah-olah macam tiada satu pun orang yang perasan.padahal sampah itu semakin menggunung

KAJIAN PENGGUNAAN TONG KITAR SEMULA DI POLITEKNIK KOT BHARU KELANTAN

Masalah sampah yang banyak dikawasan politeknik kota bharu kelantan, bagaikan tiada jalan penyelesaian yang dapat dilakukan.

antara tempat yang paling ketara adalah:

  1. Dikawasan kantin/cafe politeknik
  2. hostel pelajar lelaki
  3. hostel pelajar perempuan