Monday, 9 April 2012

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN TONG SAMPAH KITAR SEMULA DI PKB.


POLITEKNIK KOTA BHARU
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
BORING SOAL SELIDIK UNTUK WARGA POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN
TAJUK KAJIAN:

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN TONG SAMPAH KITAR SEMULA DI PKB.

Borang soal selidik ini mengandungi EMPAT(4) bahagian iaitu A,B,C dan D. Anda dikehendaki menjawab semua soalan bahagian. Penyelidik berharap agar responden dapat memberi jawapan yang jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan untuk tujuan akademik semata-mata serta semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan.

Objektif kajian:

       i.          Mengenalpasti tahap pengggunaan tong sampah kitar semula di PKB.

     ii.          Mengenalpasti kaedah untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga PKB.

   iii.          Membuat satu blog ‘Green Technology’ untuk melihat dan menyebarkan kesedaran terhadap program kitar semula di PKB.



BAHAGIAN A:Maklumat Peribadi

Tandakan jawapan (/) yang dipilih dalam petak yang disediakan.

1)               Status :
bujang                                     berkahwin

2)                  Bangsa :
Melayu
India
Cina
Lain-lain
Nyatakan:…………..

3)               Umur :
18-20 tahun
21-23 tahun
24-26 tahun
27 tahun dan keatas
 
4)               Pekerjaan
Pelajar
Pekerja
Pensyarah
5)               Tempat tinggal:
Kamsis politeknik
Rumah sewa
Rumah sendiri
Nyatakan :……………..



BAHAGIAN B:Mengenalpasti Tahap Penggunaan Tong Sampah Kitar Semula Di PKB

Tandakan (/) pada jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Bil
Soalan
Ya
Tidak
1.
Tahukah anda apa itu tong sampah kitar semula?


2.
Tahukah anda fungsi-fungsi setiap warna tong sampah kitar semula?


3.
Wajarkah tong sampah ini terus digunakan?


4.
Adakah tong sampah kitar semula lebih mudah dan sistemetik?


5.
Adakah anda mengamalkan sikap membuang sampah ke dalam tong sampah kitar semula?




BAHAGIAN C: Menjalankan Kaedah Untuk Meningkatkan Tahap Kesedaran Di Kalangan Warga PKB.

Bil
Soalan
Ya
Tidak
1.
Setujukah anda sekiranya ceramah kesedaran mengenai penggunaan tong sampah kitar semula diadakan?


2.
Adakah iklan-iklan dapat membantu kesedaran anda tentang penggunaan tong sampah kitar semula?


3.
Sedarkah anda mengenai kepentingan tong sampah kitar semula?


4.
Wajarkah pengunaan tong sampah kitar semula dipergunakan dengan lebih meluas?


5.
Setujukah anda sekiranya tong sampah kitar semula hanya diletakkan di sesuatu kawasan yang terdapat banyak sampah sahaja?







BAHAGIAN D: Membuat Satu Blog ‘Green Technology’untuk Melihat Dan Menyebarkan Kesedaran Terhadap Program Kitar Semula Di PKB

Tandakan (/) di ruang yang telah disediakan.

1.               Adakah anda tahu apa itu ‘Green Technology’?

■ Ya                                                                                                               
■Tidak                                                                                                                       

2.               Pernahkah anda melayari laman web tersebut?

■ Ya                                                                                                               
■ Tidak                                                                                                          

3.               Kekerapan anda melayari laman web Green Technology dalam sebulan?

■ 1 hingga 2 kali sebulan                                                                              
■ 2 hingga 3 kali sebulan                                                                              
■ 3 hingga 4 kali sebulan                                                                              
■ 4 hingga 5 kali sebulan                                                                              

4.               Adakah anda sedar tentang kepentingan penggunan tong sampah kitar semula?

■ Ya                                                                                                               
■ Tidak                                                                                                          

5.                Adakah anda mengamalkan penggunaan tong sampah kitar semula?

■ 2 kali sehari                                                                                                
■ 3 kali sehari                                                                                                
■ 5 kali sehari                                                                                                
■ 8 kali sehari                                                                                                

6.               Anggaran anda berapakah bilangan warga politeknik Kota Bharu yang mengamalkan
penggunaan tong sampah kitar semula?

■ 10 orang                                                                                                     
■ 20 orang                                                                                                     
■ 30 orang                                                                                                     
■ > 30 orang                                                                                                  

7.               Adakah penggunaan tong sampah kitar semula merupakan satu cara untuk menjaga alam sekitar?

■ Ya                                                                                                               
■ Tidak                                                                                                          

8.               Cadangkan kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan untuk kita memelihara alam
sekitar ?






 



꞉꞉ SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI DAN JUTAAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN ꞉꞉
APA ITU TEKNOLOGI HIJAU???
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  • Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran
  • ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar
  • ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

KITAR SEMULA




Tahukah anda bahawa di seluruh negara, 230 tapak pelupusan sampah telah pun mencapai tahap 80 peratus penggunaanya dan kini mencapai tahap kritikal? Kerajaan kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah.

Dalam sehari, 27 juta rakyat Malaysia menghasilkan sekitar 15 000 hingga 20 000 tan sampah. Jumlah ini boleh memenuhi setiap penjuru Menara Berkembar Kuala Lumpur dalam masa 10 hari.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menggalakkan program kitar semula bahan buangan. Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R, iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle”.



APA ITU KITAR SEMULA ???


Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Tong yang berwarna biru untuk kertas, perang untuk kaca, dan oren untuk plastik, aluminium dan logam.





KEBAIKAN KITAR SEMULA

1. Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

2. Kitar semula untuk
persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

3. Kitar semula untuk
mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

4. Kitar semula untuk
menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.

5. Kitar semula untuk
menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan?

6. Kitar semula untuk
menjimatkan tanaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

7. Kitar semula untuk
menyelamatkan hutan
Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.


LANGKAH MENJAYAKAN PROGRAM KITAR SEMULA



1. Pihak kementerian juga perlu menjalankan kempen yang berterusan- memberikan tong atau plastik kitar semula secara percuma, bagi mendidik rakyat Malaysia.
2.Kerjasama pihak kerajaan dan swast-. Kerajaan harus melihat contoh dari Australia di daerah Fremantle di mana syarikat swasta yang menguruskan proses kitar semula, bergabung tenaga pihak berkuasa tempatan masing-masing.
3. Teknologi pengurusan sisa pepejal (Oleh Recycle Energy Sdn. Bhd) di Kampung Pasir Baru- mampu menguruskan 700 -1000 tan sampah sehari. Ia praktikal, jimat dan menguntungkan. Segala sisa pepejal bandaran [sampah] ini diproses untuk dijadikan bahan kitar semula atau dijana dalam bentuk tenaga
4. Penguatkuasaan undang-undang mengenai sisa buangan, dasar kerajaan, komitmen awam yang kukuh dan pendidikan umum mengenai program kitar semula.
5.Begitu juga dengan penggunaan teknologi bagi bahan yang boleh dikitar semula dan kemudahan pengumpulan bahan kitar semula (di mana bahan kitar semula diasing dan disediakan dalam bentuk praktikal dan boleh dijual).
6. Pelajar harus diajar pada peringkat awal kurikulum sekolah mereka mengenai faedah kitar semula supaya ia menjadi amalan dalam masyarakat apabila dewasa kelak dan seterusnya mempengaruhi masyarakat.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita harus mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan ( reduce ), guna semula ( reuse ) dan kitar semula ( recycle ). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita. 

1. Adakah pelajar mempunyai kesedaran mengenai kitar semula?

Kesedaran Tentang Keberkesanan Penggunaan Tong Sampah Kitar Semula Di Kawasan Politeknik Kota Bharu


Alam wujud dalam keadaan seimbang, tetapi keadaan ini kini terjejas akibat pembangunan dan pertambahan penduduk. Kita membuang banyak sampah setiap hari dan 95% dilonggokkan di tapak pelupusan sampah. Kitar semula bahan buangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan dan seterusnya mengurangkan penggunaan ruang untuk menempatkan sampah sarap. Amalan kitar semula perlu digalakkan untuk melahirkan masyarakat mesra alam. Kesedaran akan kepentingan kitar semula harus dipertingkatkan dan diperluaskan. Menjadikan alam tempat yang selesa dan bersih adalah tanggungjawab kita terhadap generasi yang akan datang.

Kitar semula dapat diterangkan melalui konsep 3R iaitu Reduce (Kurang), Reuse (Guna semula), dan Recycle (Kitar semula) yang merupakan suatu konsep yang diperkenalkan sejak sedekad yang lalu. Ia terhasil kerana melihatkan keadaan bumi yang dicemari sampah- sarap yang merata-rata akibat penggunaan sesuatu jenis barangan tanpa had. Reduce (kurangkan) bermaksud mengurangkan penggunaan sesuatu jenis barangan. Kita boleh mengurangkan pelbagai jenis barang seperti elektrik, air , kertas dan sebagainya. Jika kita tidak mengamalkan konsep ini, sudah tentu barang ini akan memenuhi bumi ini jika tiada tindakan untuk mengatasi masalah ini. Reuse (guna semula) diamalkan apabila sesuatu barang itu tidak boleh dihapuskan ataupun masih baik keadaannya.
Antaranya kita boleh mengguna semula botol plastik, kotak, tayar lama, kain buruk dan sebagainya. Jika kita mengamalkan konsep Reuse dalam kehidupan seharian, kos untuk perbelanjaan harian kita berkurang dan kita dapat menikmati hasilnya. Kitar semula ialah suatu istilah yang selalu kita dengar setiap hari. Pelbagai pihak menggalakkan masyarakat supaya mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula. Kenapa kita perlu kitar semula? Kita perlu kitar semula agar sesuatu jenis barang itu tidak melebihi had dan akhirnya menjadi sampah yang tentunya menyakitkan mata kita
 
 
OBJEKTIF KAJIAN
  1. Mengenalpasti tahap penggunaan tong sampah 3R di PKB
  2. Mengetahui keberkesanan program kitar semula di PKB
  3. Mengenalpasti cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kitar semula
Kajian dilakukan di beberapa kawasan iaitu :




kawasan kiosk
kawasan kantin asrama
kawasan dewan Jubli Perak


HASIL KAJIAN

Latar belakang responden yang ditemuduga mengenai program kitar semula




Objektif 1 : Mengenalpasti tahap penggunaan tong sampah 3R di PKB

                                                                                    

Bil
Perkara
Ya
Tidak
1
Adakah anda mengetahui kewujudan tong 3R di PKB.
25
5
2
Jika tiada apa – apa pulangan @ keuntungan. Adakah anda akan menggunakan tong 3R.
11
19


Objektif 2: Mengetahui keberkesanan program kitar semula PKB


Bil
Perkara
Ya
Tidak
1
Pada pendapat anda, sesuaikah lokasi tong sampah 3R yang berada di PKB.
4
26
2
Adakah anda dapat membezakan fungsi warna pada setiap tong sampah 3R tersebut?
18
12



Objektif : Mengenalpasti cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kitar semula.


Bil
Perkara
Ya
Tidak
1
Adakah anda bersetuju untuk mengiklankan program kitar semula di kalangan warga PKB 
23
7
2
Adakah aktiviti – aktiviti yang melibatkan kitar semula perlu diadakan di PKB?
20
10

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian kami dapatlah disimpulkan bahawa rata-rata pelajar Politeknik Kota Bharu  mengetahui tentang kitar semula. PKB juga banyak mengadakan program dan seminar yang berkaitan dengan kitar semula yang banyak memberi pengetahuan kepada pelajar. Hasil kajian juga mendapati semua responden bersetuju agar pemuda dan pemudi di negara ini melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula. Apabila ditanyakan tentang langkah-langkah bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kitar semula lebih separuh menyatakan kempen adalah cara yang paling berkesan.