Monday 9 April 2012

KAJIAN DAN PENGENLAN KITAR SEMULA

Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan untuk melihat pemahaman pelajar mengenai konsep tong kitar semula di Politeknik Kota Bharu Kelantan. Objektifnya ialah untuk meningkatkan amalan mengitar semula di kalangan pelajar dengan mengubah kedudukan tong-tong kitar semula mengikut cadangan dan keperluan mereka. Responden kajian ialah 50 orang pelajar PKB ambilan Jun 2011-2012. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Statistik desriptif dan interpretif dengan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis data. Dapatan menunjukkan bahawa 100% responden faham tentang bahan yang boleh dibuang ke dalam tong kitar semula namun 32% gagal untuk memberikan padanan yang tepat dari segi warna dan bahan yang dimasukkan ke dalamnya. Tiga lokasi pilihan responden untuk ditempatkan tong-tong kitar semula ini ialah di asrama pelajar (87), di kafe (68) dan 30 mencadangkan agar tong kitar semula dapat diletakkan di pintu masuk utama KPI, di masjid dan pusat sumber.

                                                                     Pengenalan

Kitar semula ialah “Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah”. Kempen kitar semula giat dijalankan diseluruh negara. Namun kesedaran mengenai perkara ini dalam kalangan rakyat negara ini masih lagi berada di tahap rendah berbanding negara-negara maju lain. Kenapa kita mesti kitar semula? Tujuan kitar semula adalah pertamanya untuk memelihara ruang hidup kita yang semakin mengecil ruangnya kerana pembangunan negara. Kedua ialah untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih. Ketiga, untuk mengurangkan pencemaran kerana jika kita hidup dalam persekitaran yang dipenuhi sampah, persekitaran sudah pasti akan tercemar dan akan menjejaskan kesihatan kita. Yang keempat pula ialah kita dapat menjimatkan kos iaitu jika dibandingkan dengan kos penyelenggaraan dan pengurusan bahan-bahan terbuang. Selain pada itu, kitar semula juga dapat menjimatkan sumber yang semakin terhad seperti kayu untuk membuat kertas. Kesinambungan daripada itu, kitar semula juga penting bagi menyelamatkan hutan kita. Justeru, kitar semula ini hendaklah betul difahami oleh semua pihak dan langkah radikal perlu diambil bagi mempraktikkannya bagi menyelamatkan bumi kita ini.

No comments:

Post a Comment