Monday 9 April 2012

APA ITU TEKNOLOGI HIJAU???
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  • Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran
  • ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar
  • ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

KITAR SEMULA




Tahukah anda bahawa di seluruh negara, 230 tapak pelupusan sampah telah pun mencapai tahap 80 peratus penggunaanya dan kini mencapai tahap kritikal? Kerajaan kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah.

Dalam sehari, 27 juta rakyat Malaysia menghasilkan sekitar 15 000 hingga 20 000 tan sampah. Jumlah ini boleh memenuhi setiap penjuru Menara Berkembar Kuala Lumpur dalam masa 10 hari.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menggalakkan program kitar semula bahan buangan. Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R, iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle”.



APA ITU KITAR SEMULA ???


Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Tong yang berwarna biru untuk kertas, perang untuk kaca, dan oren untuk plastik, aluminium dan logam.





KEBAIKAN KITAR SEMULA

1. Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

2. Kitar semula untuk
persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

3. Kitar semula untuk
mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

4. Kitar semula untuk
menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.

5. Kitar semula untuk
menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan?

6. Kitar semula untuk
menjimatkan tanaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

7. Kitar semula untuk
menyelamatkan hutan
Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.


LANGKAH MENJAYAKAN PROGRAM KITAR SEMULA



1. Pihak kementerian juga perlu menjalankan kempen yang berterusan- memberikan tong atau plastik kitar semula secara percuma, bagi mendidik rakyat Malaysia.
2.Kerjasama pihak kerajaan dan swast-. Kerajaan harus melihat contoh dari Australia di daerah Fremantle di mana syarikat swasta yang menguruskan proses kitar semula, bergabung tenaga pihak berkuasa tempatan masing-masing.
3. Teknologi pengurusan sisa pepejal (Oleh Recycle Energy Sdn. Bhd) di Kampung Pasir Baru- mampu menguruskan 700 -1000 tan sampah sehari. Ia praktikal, jimat dan menguntungkan. Segala sisa pepejal bandaran [sampah] ini diproses untuk dijadikan bahan kitar semula atau dijana dalam bentuk tenaga
4. Penguatkuasaan undang-undang mengenai sisa buangan, dasar kerajaan, komitmen awam yang kukuh dan pendidikan umum mengenai program kitar semula.
5.Begitu juga dengan penggunaan teknologi bagi bahan yang boleh dikitar semula dan kemudahan pengumpulan bahan kitar semula (di mana bahan kitar semula diasing dan disediakan dalam bentuk praktikal dan boleh dijual).
6. Pelajar harus diajar pada peringkat awal kurikulum sekolah mereka mengenai faedah kitar semula supaya ia menjadi amalan dalam masyarakat apabila dewasa kelak dan seterusnya mempengaruhi masyarakat.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita harus mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan ( reduce ), guna semula ( reuse ) dan kitar semula ( recycle ). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita. 

No comments:

Post a Comment