Monday, 9 April 2012

1. Adakah pelajar mempunyai kesedaran mengenai kitar semula?

Kesedaran Tentang Keberkesanan Penggunaan Tong Sampah Kitar Semula Di Kawasan Politeknik Kota Bharu


Alam wujud dalam keadaan seimbang, tetapi keadaan ini kini terjejas akibat pembangunan dan pertambahan penduduk. Kita membuang banyak sampah setiap hari dan 95% dilonggokkan di tapak pelupusan sampah. Kitar semula bahan buangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan dan seterusnya mengurangkan penggunaan ruang untuk menempatkan sampah sarap. Amalan kitar semula perlu digalakkan untuk melahirkan masyarakat mesra alam. Kesedaran akan kepentingan kitar semula harus dipertingkatkan dan diperluaskan. Menjadikan alam tempat yang selesa dan bersih adalah tanggungjawab kita terhadap generasi yang akan datang.

Kitar semula dapat diterangkan melalui konsep 3R iaitu Reduce (Kurang), Reuse (Guna semula), dan Recycle (Kitar semula) yang merupakan suatu konsep yang diperkenalkan sejak sedekad yang lalu. Ia terhasil kerana melihatkan keadaan bumi yang dicemari sampah- sarap yang merata-rata akibat penggunaan sesuatu jenis barangan tanpa had. Reduce (kurangkan) bermaksud mengurangkan penggunaan sesuatu jenis barangan. Kita boleh mengurangkan pelbagai jenis barang seperti elektrik, air , kertas dan sebagainya. Jika kita tidak mengamalkan konsep ini, sudah tentu barang ini akan memenuhi bumi ini jika tiada tindakan untuk mengatasi masalah ini. Reuse (guna semula) diamalkan apabila sesuatu barang itu tidak boleh dihapuskan ataupun masih baik keadaannya.
Antaranya kita boleh mengguna semula botol plastik, kotak, tayar lama, kain buruk dan sebagainya. Jika kita mengamalkan konsep Reuse dalam kehidupan seharian, kos untuk perbelanjaan harian kita berkurang dan kita dapat menikmati hasilnya. Kitar semula ialah suatu istilah yang selalu kita dengar setiap hari. Pelbagai pihak menggalakkan masyarakat supaya mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula. Kenapa kita perlu kitar semula? Kita perlu kitar semula agar sesuatu jenis barang itu tidak melebihi had dan akhirnya menjadi sampah yang tentunya menyakitkan mata kita
 
 
OBJEKTIF KAJIAN
  1. Mengenalpasti tahap penggunaan tong sampah 3R di PKB
  2. Mengetahui keberkesanan program kitar semula di PKB
  3. Mengenalpasti cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kitar semula
Kajian dilakukan di beberapa kawasan iaitu :




kawasan kiosk
kawasan kantin asrama
kawasan dewan Jubli Perak


HASIL KAJIAN

Latar belakang responden yang ditemuduga mengenai program kitar semula




Objektif 1 : Mengenalpasti tahap penggunaan tong sampah 3R di PKB

                                                                                    

Bil
Perkara
Ya
Tidak
1
Adakah anda mengetahui kewujudan tong 3R di PKB.
25
5
2
Jika tiada apa – apa pulangan @ keuntungan. Adakah anda akan menggunakan tong 3R.
11
19


Objektif 2: Mengetahui keberkesanan program kitar semula PKB


Bil
Perkara
Ya
Tidak
1
Pada pendapat anda, sesuaikah lokasi tong sampah 3R yang berada di PKB.
4
26
2
Adakah anda dapat membezakan fungsi warna pada setiap tong sampah 3R tersebut?
18
12



Objektif : Mengenalpasti cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kitar semula.


Bil
Perkara
Ya
Tidak
1
Adakah anda bersetuju untuk mengiklankan program kitar semula di kalangan warga PKB 
23
7
2
Adakah aktiviti – aktiviti yang melibatkan kitar semula perlu diadakan di PKB?
20
10

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian kami dapatlah disimpulkan bahawa rata-rata pelajar Politeknik Kota Bharu  mengetahui tentang kitar semula. PKB juga banyak mengadakan program dan seminar yang berkaitan dengan kitar semula yang banyak memberi pengetahuan kepada pelajar. Hasil kajian juga mendapati semua responden bersetuju agar pemuda dan pemudi di negara ini melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula. Apabila ditanyakan tentang langkah-langkah bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kitar semula lebih separuh menyatakan kempen adalah cara yang paling berkesan.

No comments:

Post a Comment