1. Kod Etika Alam Sekitar
Tahap kesedaran responden terhadap kod etika alam sekitar (minimal impact ang leave no trace technique) masih pada tahap yang rendah malah peratusan yang tidak pasti agak tinggi iaitu 39 %. Situasi ini menunjukkan bahawa usaha-usaha kempen alam sekitar yang telah dijalankan sama ada oleh pihak kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan masih kurang berkesan kerana golongan terpelajar dan berpendidikan peringkat lepasan ijazah masih tidak faham akan kod etika alam sekitar.
Kesedaran dan perasaan tanggungjawab belum begitu menular dan meresap dalam sanubari dan amalan kehidupan seharian masyarakat kita hari ini. Tidak hairanlah di mana-mana sahaja kita dapat melihat pencemaran alam sekitar berlaku terutamanya pencemaran sungai yang berada pada tahap yang kritikal di negara kita. Masyarakat kita hanya ingin ‘menyelesaikan’ urusan harian mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa mempedulikan atau mengembil kira tentang kod etika alam sekitar.
2. Kempen Kitar Semula
Keberkesanan Kempen Kitar Semula mendapat reaksi yang sangat baik daripada responden. Hal ini jelas kelihatan kerana peratusan responden yang sangat bersetuju dan bersetuju dalam hal ini sangat tinggi iaitu 96 %. Namun begitu, dalam pelaksanaan kempen ini, pengetahuan masyarakat terhadapnya agak baik tetapi dari segi praktikalnya kurang berkesan.
Penggunaan tong sampah kitar semula tidak begitu meluas dan hanya tertumpu di kawasan Bandar-bandar besar dan membangun sahaja seperti di Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Petaling Jaya. Boleh dikatakan hampir tidak kelihatan tong-tong sampah kitar semula di Bandar-bandar yang di negeri yang kurang maju di Negara kita seperti di Kota Bharu, Alor Setar, Pasir Mas dan Seremban. Kesedaran responden terhadap kepentingannya sangat baik namun praktikalnya masih pada tahap yang lemah.
No comments:
Post a Comment